Thursday 19 January 2012

PEMBUKA BICARA TAHUN 2012

Assalamualaikun..hari  ini adalah  pembuka bicara   dalam blog ini pada tahun 2012. Alhamdulilah Allah  S.W.T  masih memanjangkan  umur hambamu ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami semua umat Islam di dunia serta di Akhirat. Mudah-mudahan Allah juga  melindungi kami semua umat Islam daripada musuh-musuh Islam yang ingin  menzalimi  umat Islam serta jauhkanlah kami Ya Allah dari bisikan Syaitan  yang ingin menyesatkan umat Islam . Ya Allah semoga kami semua juga dijauhi dari azab kubur dan  dijauhi dari  azab  api neraka sebaliknya  berikan kami nikmat kubur dan di masukkan kami semua umat Islam ke syurga. AMIN

Friday 21 October 2011

Hati

Assalamualaikum pada diri ku sendiri..dan rakan-rakan ku...bicara pasal hati...ada seorang ustaz mengatakan pada manusia jangan pandang pada fizikal  dan jangan pandang pada pada harta dan juga amal ibadatnya....pandang pada hati  seseorang  itu. Fikir-fikir balik betul juga kata ustaz itu. Hati  yang baik akan baiklah perlakuan manusia . Hati yang busuk atau jahat maka jahat lah perlakuan seseorang manusia tersebut. Buat apakan kalau manusia itu harta banyak , fizikal cantik serta amal ibadat bagus tapi hati teruk,busuk dan jahat.Perlu beringat juga amal ibadat jangan lupa  dilakukan dan sentiasa istiqamah.

Friday 15 July 2011

skill boling

Assalam..kepada blogku yg tercinta...hari ini baru dpt jenguk balik blog aku..lamanyer tinggalkan tak jenguk-jenguk...hari ni  gi lagi main boling kat  Plaza Angsana...uhh rasanye mcm puas lak...dgn puasa lagi..masa game kedua tu..tiba2..mcm mendapat satu petunjuk dan  hidayah dari Allah..mcm terasa dapat skill  yang serasi pada diri sampai boleh main dgn baik walaupun tak sehebat org lain..,..Pada pandangan kite main boling ..mesti lurus tgn dan badan bengkok sikit dan lepaskan bola smabil leret bukan cmpk..so insayallah itulah skill yang dicari2 selama ini..so kena cuba lagi minggu akan dtg..kalau dizinkan Allah bila guna cara itu mungkin strike..tu yg dpt memuaskan hati...uhhh terima kasih Allah...

Tuesday 12 April 2011

KEMBALI KE RAHMATULLAH

Hari ini pagi tadi jam 6.38 pagi aku menerima  panggilan tidak di jawap dan sms dalam telefon aku dari kak sila.Rupa-rupanya aku dapat sms kematian rakan sejawatan aku iaitu Pn.Siti Asmah Binti Baharom yang  pernah menjadi rakan sekerja  di  bawah satu jabatan. Berita ini sangat mengejutkan aku kerana arwah adalah sama umur dengan aku dan sebelum ini tiada satu berita pun  arwah sakit masuk hospital.Tahu-tahu jer pagi tadi , dapat berita arwah  telah pun meninggal dunia di Hospital Besar Sultanah Aminah Johor Bahru pada jam 2.30 pagi.

Wahidah juga rakan seperjawatan aku dulu pernah bersama-sama bekerja dengan arwah pun ada sms aku pagi tadi untuk memberitahu hal kematian arwah. Wahidah pun tidak  dapat melawat arwah kerana  sedang dalam berpantang baru bersalin anak perempuan yang kedua.Dia hanya  menelefon emak arwah untuk menyampaikan ucapan takziah serta memberitahu keadaanya sekarang yang menyebabkan dia tidak dapat datang melawat.

Sebelum itu  aku telah bagi sms pada  kak Asmah untuk memberitahu hal ini dan  dia menelefon kembali pada aku serta bercakap sambil menangis dan ingin menanya lanjut tentang arwah. Aku menyuruh kak Asmah telefon kak sila kalau hendak tahu lebih lanjut cerita kematian ini. Kemudian dalam jam 7.00 malam aku menelefon kak Asmah kembali  bertanya apa cerita  tadi. Jenazah arwah pun sudah pun  keluar  pagi tadi untuk menuju ke Batu Pahat bagi tujuan pengebumian , jadi tidak sempat juga untuk melawat.

Kak Sila mengatakan juga rupa-rupanya arwah sudah sakit dan sudah seminggu  dimasukkan  ke dalam Hospital Besar Sultanah Aminah Johor Bahru. Kak Sila beritahu mungkin sakit lama , sakit buah pinggang. Rasa terkilan  hati , kalau di beritahu awal tentu nya aku dan rakan-rakan lain pergi melawat. Apakan daya kuasa Allah nengatasi segala-galanya. 

Arwah merupakan orang yang  mempunyai sifat  sangat lemah lembut dan  cara bercakapan pun  dengan suara yang perlahan  serta mempunyai keperibadian yang baik. Teringat  pula masa berkawan dengan arwah , bercakap dengan arwah dan kalau ada masalah sangat mudah meluahkan masalah  dengan arwah. Cara bekerja   arwah pun sangat  bagus , murid-murid pun suka pada arwah ,  aku juga seronok bersama-sama berganding bahu  untuk mejalankan kerja-kerja  yang ditugaskan bersama-sama dengan  arwah.

Masa arwah kahwin , aku dan rakan-rakan yang lain sanggup  pergi ke rumah arwah untuk  meraikan bersama-sama hari bersejarah  arwah. Ingat lagi tidur   dalam bilik pengantin arwah , sebelum itu  dapat melihat arwah dinikahkan dan buat majlis berzanji malam itu.Esoknya hari  persandingan puas aku dan rakan-rakan  serta sepupu  dan adik beradik arwah bergambar sakan atas pelamin arwah dan juga tidak ketinggalan bergambar bersama arwah.

Itulah kenangan yang ada pada aku bersama arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah dan ditempat kan di kalangan orang yang beriman. Damailah  sahabat ku di alam Barzakh.AMIN.

Monday 11 April 2011

TEAM

TEAM adalah dalam bahasa Melayu bermakna  KUMPULAN. Perkataan  TEAM ini aku terlihat dalam  bilik Ketua Jabatan yang ditulis pada papan putih yang digantung pada dinding bilik . Menarik perkataan TEAM  ini dalam pandangan  kaca mata aku. ' T '  bermakna TOGETHER  iaitu bersama atau bekerjasama sebagai satu kumpulan bukan  bergerak secara individu. ' E ' bermakna EVERYONE iaitu semua orang terlibat tidak kira orang bawahan atau orang atasan bersama-sama berganding bahu dalam menjalankan tugasan masing-masing  di bawah satu organisasi. . ' A ' bermakna ARCHIVES iaitu menyumbang  segala-galanya tidak kira tenaga  ,  masa ,  wang  , idea untuk memajukan  organisasi. ' M ' bermakna MORE iaitu melebihkan atau menambahkan  daya usaha bagi bersama-sama membangunkan atau membina organisasi  ke arah matlamat yang telah  di  sasarkan.
 Perkataan  TEAM ini perlulah dihayati dan diterapkan pada setiap organisasi   supaya setiap pekerja   tahu akan  matlamat organisasi  ditubuhkan. Pekerja pula  akan rasa dihargai  jika organisasi menganggap semua pekerja  bawahan  dan atasan  adalah aset yang amat penting bagi menjayakan matlamat organisasi.

Saturday 9 April 2011

HUJAN RAHMAT

Alhamdulilah sudah berhari-hari tidak hujan , malam ini dalam  jam 8.00 malam hujan turun dengan lebat beserta petir berdentam dentum. Hujan yang turun dengan lebat  ini semoga dapat membasahi mukabumi yang lama kering dan berdebu serta  membersihkan segala kekotoran  dan najis yang ada melekat di mukabumi ini. Turun hujan yang lebat ini juga , semoga Allah dapat melimpahkan kurniaan rezeki  yang melimpah ruah pada semua umat Islam di  mukabumi ini.Oleh itu , jangan kita sebagai umatnya merungut bila hujan sebab takut basah  , susah hendak berjalan  atau menjalankan aktiviti lain. Hujan yang turun ini semuanya hujan rahmat dan sentiasalah  berfikiran positif apabila hujan turun  beserta dengan kesyukuran  .AMIN...

Thursday 31 March 2011

Allah Maha Besar

Allah Maha Besar....Allah Maha Besar...setiap perbuatan manusia akan di lihat  dan di ketahui Allah S.W.T. Dalam kehidupan mesti selalu membuat kebaikan  dan menjauhi perbuatan mungkar.Lagi satu  segala gerak kerja kita biarlah kerana Allah S.W.T. Justeru itu , jika ada manusia suka dengki kita , fitnah kita , lepas tu suka mengata kita ..dia jer rasa betul dalam membuat keputusan dan rasa betul dalam perbuatan perkerjaan...lagi satu suka  bodek2....biarkanlah..kerana kita ada  Allah S.W.T. Kerja niat kerana Allah S.W.T bukan nak kan anugerah kecemerlangan....