Saturday 9 April 2011

HUJAN RAHMAT

Alhamdulilah sudah berhari-hari tidak hujan , malam ini dalam  jam 8.00 malam hujan turun dengan lebat beserta petir berdentam dentum. Hujan yang turun dengan lebat  ini semoga dapat membasahi mukabumi yang lama kering dan berdebu serta  membersihkan segala kekotoran  dan najis yang ada melekat di mukabumi ini. Turun hujan yang lebat ini juga , semoga Allah dapat melimpahkan kurniaan rezeki  yang melimpah ruah pada semua umat Islam di  mukabumi ini.Oleh itu , jangan kita sebagai umatnya merungut bila hujan sebab takut basah  , susah hendak berjalan  atau menjalankan aktiviti lain. Hujan yang turun ini semuanya hujan rahmat dan sentiasalah  berfikiran positif apabila hujan turun  beserta dengan kesyukuran  .AMIN...

No comments:

Post a Comment