Hari ini pagi tadi jam 6.38 pagi aku menerima panggilan tidak di jawap dan sms dalam telefon aku dari kak sila.Rupa-rupanya aku dapat sms kematian rakan sejawatan aku iaitu Pn.Siti Asmah Binti Baharom yang pernah menjadi rakan sekerja di bawah satu jabatan. Berita ini sangat mengejutkan aku kerana arwah adalah sama umur dengan aku dan sebelum ini tiada satu berita pun arwah sakit masuk hospital.Tahu-tahu jer pagi tadi , dapat berita arwah telah pun meninggal dunia di Hospital Besar Sultanah Aminah Johor Bahru pada jam 2.30 pagi.
Wahidah juga rakan seperjawatan aku dulu pernah bersama-sama bekerja dengan arwah pun ada sms aku pagi tadi untuk memberitahu hal kematian arwah. Wahidah pun tidak dapat melawat arwah kerana sedang dalam berpantang baru bersalin anak perempuan yang kedua.Dia hanya menelefon emak arwah untuk menyampaikan ucapan takziah serta memberitahu keadaanya sekarang yang menyebabkan dia tidak dapat datang melawat.

Sebelum itu aku telah bagi sms pada kak Asmah untuk memberitahu hal ini dan dia menelefon kembali pada aku serta bercakap sambil menangis dan ingin menanya lanjut tentang arwah. Aku menyuruh kak Asmah telefon kak sila kalau hendak tahu lebih lanjut cerita kematian ini. Kemudian dalam jam 7.00 malam aku menelefon kak Asmah kembali bertanya apa cerita tadi. Jenazah arwah pun sudah pun keluar pagi tadi untuk menuju ke Batu Pahat bagi tujuan pengebumian , jadi tidak sempat juga untuk melawat.
Kak Sila mengatakan juga rupa-rupanya arwah sudah sakit dan sudah seminggu dimasukkan ke dalam Hospital Besar Sultanah Aminah Johor Bahru. Kak Sila beritahu mungkin sakit lama , sakit buah pinggang. Rasa terkilan hati , kalau di beritahu awal tentu nya aku dan rakan-rakan lain pergi melawat. Apakan daya kuasa Allah nengatasi segala-galanya.

Arwah merupakan orang yang mempunyai sifat sangat lemah lembut dan cara bercakapan pun dengan suara yang perlahan serta mempunyai keperibadian yang baik. Teringat pula masa berkawan dengan arwah , bercakap dengan arwah dan kalau ada masalah sangat mudah meluahkan masalah dengan arwah. Cara bekerja arwah pun sangat bagus , murid-murid pun suka pada arwah , aku juga seronok bersama-sama berganding bahu untuk mejalankan kerja-kerja yang ditugaskan bersama-sama dengan arwah.
Masa arwah kahwin , aku dan rakan-rakan yang lain sanggup pergi ke rumah arwah untuk meraikan bersama-sama hari bersejarah arwah. Ingat lagi tidur dalam bilik pengantin arwah , sebelum itu dapat melihat arwah dinikahkan dan buat majlis berzanji malam itu.Esoknya hari persandingan puas aku dan rakan-rakan serta sepupu dan adik beradik arwah bergambar sakan atas pelamin arwah dan juga tidak ketinggalan bergambar bersama arwah.
Itulah kenangan yang ada pada aku bersama arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah dan ditempat kan di kalangan orang yang beriman. Damailah sahabat ku di alam Barzakh.AMIN.
No comments:
Post a Comment