Monday 11 April 2011

TEAM

TEAM adalah dalam bahasa Melayu bermakna  KUMPULAN. Perkataan  TEAM ini aku terlihat dalam  bilik Ketua Jabatan yang ditulis pada papan putih yang digantung pada dinding bilik . Menarik perkataan TEAM  ini dalam pandangan  kaca mata aku. ' T '  bermakna TOGETHER  iaitu bersama atau bekerjasama sebagai satu kumpulan bukan  bergerak secara individu. ' E ' bermakna EVERYONE iaitu semua orang terlibat tidak kira orang bawahan atau orang atasan bersama-sama berganding bahu dalam menjalankan tugasan masing-masing  di bawah satu organisasi. . ' A ' bermakna ARCHIVES iaitu menyumbang  segala-galanya tidak kira tenaga  ,  masa ,  wang  , idea untuk memajukan  organisasi. ' M ' bermakna MORE iaitu melebihkan atau menambahkan  daya usaha bagi bersama-sama membangunkan atau membina organisasi  ke arah matlamat yang telah  di  sasarkan.
 Perkataan  TEAM ini perlulah dihayati dan diterapkan pada setiap organisasi   supaya setiap pekerja   tahu akan  matlamat organisasi  ditubuhkan. Pekerja pula  akan rasa dihargai  jika organisasi menganggap semua pekerja  bawahan  dan atasan  adalah aset yang amat penting bagi menjayakan matlamat organisasi.

No comments:

Post a Comment